Pengenalan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Kampung Dalam Bandar



Untuk sampai ke kampung ini, pengunjung boleh menggunakan Lebuh raya Utara Selatan dan keluar melalui Alor Gajah menghala ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Walaupun terletak ditengah Bandar, kampung ini pasti memukau sesiapa sahaja dengan pemandangan yang indah dah kehijauan yang masih dikekalkan sehingga kini. Dari segi populasi penduduk Kampung Paya Rumput yang meliputi kawasan lebih 5 KM ini rata-ratanya adalah dari keturunan Melayu. Manakala penduduk berketurunan Cina pula berjumlah kira-kira 1500 orang dan lebih 200 orang penduduk berketurunan India turut mendiami Kampung Paya Rumput.

Walaupun hidup dalam sebuah masyarakat majmuk namun penduduk kampung ini mampu menjalani kehidupan harian dengan aman dan harmoni  tanpa sebarang masalah. Menjalani kehidupan  di tengah-tengah Bandar tidak menghalang penduduknya untuk mengekalkan nilai-nilai murni dan nenek moyang yang masih teguh.

Sejarah Kampung

Melaka merupakan sebuah negeri yang tertua di tanah melayu. Secara ringkas, pembukaan Melaka dikaitkan dengan kedatangan seorang berketurunan diraja bernamaa Parameswara. Suatu hari, rombongan yang diketuai baginda keluar memburu  hingga ke satu kawasan yang digelar penduduk tempatan Ulu Bertam. Kejadian diluar dugaan berlaku dimana seekor anjing bagi tujuan pemburuan rombongan baginda telah ditendang oleh seekor kancil yang dalam ketakutan. Lalu nama Melaka diberi berikutan kejadian ganjil itu serta Pokok Melaka tempat baginda beradu telah menjadi saksi. Perubahan dari segi kemajuan serta globalisasi penduduk Ulu Bertam bertukar nama dan wajah. Ulu Bertam bertukar nama dan wajah.





Kedatangan Pedagang

Kampung Paya Rumput dikatakan mendapat nama ketika pengangkutan kereta lembu begitu terkenal di Melaka. Pedagang seluruh dunia ketika itu menjadikan kawasan Ulu Bertam menjadi tumpuan namun teknologi dahulu hanya bergantung pada keupayaan haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau menyebabkan perjalanan mereka begitu susah. Lantas sebuah kawasan yang luas  bagi tujuan persinggahan untuk tujuan berehat oleh pedagang serta tempat bagi haiwan mereka menambah tenaga ingin diwujudkan. Satu kawasan ragut yang luas telah dijadikan tapak bagi tujuan itu. Lantas seorang musafir bergelar Mak Yah dikalangan mereka ingin mewujudkan satu penempatan baru. Kawasan ragut dengan rumput yang panjang lagi menghijaukan menyebabkan daya tarikan itu terlalu kuat lalu menamakan Paya Rumput sabagai satu kawasan persinggahan mereka.



Dengan kawasan meragut rumput yang begitu luas serta menjadikan daya tarikan ikan untuk bermain telah berubah menjadi  satu kawasan yang baru bagi manusia awal membina penempatan. Atas sifat kerajinan yang utuh antara penduduk Paya Rumput dan Ulu Bertam menyebabkan kawasan ini berkembang maju serta daya saing yang tinggi. Maka wujudlah kawasan penempatan yang padat pada zaman ini.



Sosioekonomi



Penduduk Kampung Paya Ramput adalah daripada pelbagai sektor ekonomi iaitu dari sector awam, swasta dan bekerja sendiri. Walaubagaimanapun terdapat juga sebahagian kecik penduduk yang masih menjadi petani sebagai sumber pendapatan keluarga. Kedudukan kampung ini yang begitu hampir dengan pusat Bandar secara tidak langsung turut membantu penduduk kampung untuk menambah pendapatan isi rumah dengan menjalankan perniagaan secara kecil- kecilan.



Pertanian dan Perladangan

Aktiviti penanaman buah- buahan tempatan masih diusahakan oleh penduduk setempat. Antara tanamannya ialah sayur lanjut manis, manggis lanjut manis, jambu batu, batik dan sebagainya. Tanaman ini selain untuk kegunaan sendiri , ia juga turut dijual kepada orang ramai dan pemborong. Dusun buah-buahan yang diusahakan boleh dilihat sepanjang jalan masuk ke kampung ini.





Perikanan Penternakan

Bagi segelintir penduduk Kmapung Paya Rumput, penternakan ikan keli menjadi pilihan apabila sebanyak lima buah sangkar ikan keli diusahakan  di kawasan setengah hektar berhampiran Jalan Penghulu Mak Yah. Kolam yang menempatkan ikan keli yang dibela secra kecil-kecilan itu adalah untuk kegunaan dan sekiranya terdapat lebihan maka hasilnya akan dijual kepada pembeli yang berminat. 





Kebudayaan di Melaka



Dia antar keunikan budaya di Melaka ialah Dondang Sayang, Tarian Portugis, Nazam, Silat Melaka dan congkak. Dan di antara kebudayaan yang tidak lagi di lakukan kini ialah Temasya Mandi Safar. Selain itu juga, terdapat pelbagai kaum di Melaka iaitu Melayu, Cina Melaka, India, Baba and Nyonya, Chetty atau Hindu peranakan, Serani dan Bawean.





Dondang Sayang






Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional. Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
seorang pemain biola;
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.


Nazam



Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya.
Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang.
Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.


"Aku mula nazam ini dengan nama, 
Allah yang memberi fahaman agama, 
Puji itu bagi Allah yang mulia, 
Lagi kekal ia lagi yang sedia."


Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan.
Di Melaka, Hajah Ramlah bte Haji Baba merupakan peminat nazam sehingga sekarang. Beliau merupakan ketua kepada Suara Srikandi Melaka yang memimpin Kumpulan Nazam Sri Kandi Tanjung Kling. Beliau yang berasal dari Tanjung Kling ,Melaka telah melibatkan diri dan menghidupkan semula nazam ini hampir 10 tahun lalu. Beliau merupakan wanita tunggal yang masih mengingati nazam yang hampir pupus. Menurut beliau, puisi-puisi lama yang didendangkan itu asli daripada nenek moyang turun temurun dan ia tidak diubah suai serta di tulis dengan tulisan jawi.


Silat Melaka



Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Silat adalah bertujuan untuk mempertahankan diri daripada pihak lawan dengan mencari silap lawan.
Jika dilihat dari segi sejarah, seni silat ini wujud di negeri Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar kurun ke 15. Namun begitu ia dikatakan berasal dari Sumatera Utara,Indonesia dan kemudiannya diterima oleh masyarakat Melayu. Persembahan silat ini diadakan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis diraja dan sebagainya.
Umumnya, terdapat dua jenis silat yang popular di Melaka iaitu Silat Gayong dan Silat Lima Sahabat yang berdasarkan persahabatan lima saudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang mempunyai kepandaian dalam pelbagai jenis silat.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang ingin mempelajari Silat Gayong mestilah berhadapan dengan mahaguru dan melahirkan hasrat untuk mempelajari silat dan di sini mahaguru akan meminta beberapa jenis barang seperti buah limau, garam kasar, asam jawa, tujuh batang jarum dan sebilah pisau. Kemudian mahaguru akan mengajar tujuh jenis senaman sebagai latihan badan. Apabila telah selesai tujuh jenis senaman tersebut, mereka akan diajar senaman yang ke lapan iaitu satu senaman yang akan menentukan sama ada mereka layak menerima tali pinggang yang berwarna putih atau tidak.
Tali putih merupakan tahap pertama bagi mereka yang ingin mendalami ilmu silat. Tempoh bagi memperolehi tali pinggang kedua ialah selama dua tahun. Tali pinggang kedua dan ketiga akan mengambil masa selama tiga tahun manakala tali pinggang keempat akan memakan masa selama empat tahun.
Terdapat beberapa pantang yang harus dipatuhi oleh setiap ahli. Di antaranya tidak boleh menderhaka dengan orang tua, mahaguru dan tidak boleh melanggar larangan yang telah ditetapkan oleh agama.


Congkak




Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.




Temasya Mandi Safar






Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak yang diwarisi sejak zaman berzaman. Di Kelantan danTerengganu, perayaan ini dikenali sebagai Pesta Puja Pantai. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Mandi Safar adalah temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam kertas safar atau papan kecil yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai air safar.
Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan.
Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.
Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.
Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting. Pemilik kereta lembu yang rat-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.
Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun. 
  

No comments: