Sejarah Rumah




Rumah ini adalah rumah turun temurun dari keturanan Hajah Nyonya Ujang yang kira-kira telah berusia 100 tahun. Rumah ini sekarang di duduki oleh sebuah keluarga dari generasi ketujuh daripada keturunan Hajah Nyonya Ujang iaitu Encik Shariff dan Puan Kamisah.

Keluasan rumah ini ialah dalam dua ekar. Tapak rumah ini mula-mula di jumpai oleh moyang tuan rumah yang bernama Chong Ali iaitu generasi pertama. Dan pada masa itu rumah ini tidaklah sebesar yang sekarang (Rujuk Gambar). Kemudian pada generasi kedua, iaitu moyang tuan rumah yang bernama Ujang yang berkahwin dengan Kechik (Rujuk Salasilah keluarga) telah membuat pembaharuan sedikit. Dan begitu juga yang telah di lakukan oleh generasi yang datang.

Mengikut cerita oleh tuan rumah dan cerita yang mereka dapati daripada nenek moyang mereka ialah orang dahulu membuat rumah mengikut kemampuan dan bajet kewangan yang mereka ada. Jika mempunyai bajet yang besar, maka banyaklah yang mereka tambah. Jika tidak, maka tidaklah.

Setiap reka bentuk dan seni bina ini mempunyai nilai dan maknanya yang tersendiri (Rujuk Seni Bina).
Antara seni bina yang unik di rumah ini ialah seni reka tangganya. Seni bina serambinya yang tidak bertingkap dan kedudukan bilik air serta jambannya.

Rumah Melaka biasanya sumber air mereka ialah perigi. Jadi kebiasaannya di dalam bilik air mereka pasti mempunyai perigi ataupun paling tidak kolah. Kerana pada masa dulu mereka tiada mempunya paip ataupun pili air seperti sekarang. Kebiasaannya jamban juga tidak di bina di dalam rumah kerana mengikut keprcayaan orang melayu islam itu adalah rumah syaitan dan tidak harus berada di dalam rumah dan di sebabkan itulah ianya ada di luar rumah.






Ini ialah gambar rumah nenek tuan rumah semasa hayatnya. Neneknya bernama Nyonya binti Ujang. Rumah ini terletak di sebelah rumah di atas (Rujuk gambar paling atas).

Mengikut pengetahuan tuan rumah, di belakang rumah ini terdapat sebuah perigi yang merupakan sumber air kepada mereka selama beberapa dekad. Di kawasan rumah ini juga terdapat kebun kecil yang di tanam dengan buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan dan sebagainya. Dan terdapat juga sebuah kedai makan yang telah di usahakan oleh saudara mara tuan rumah sendiri.



Salasilah Keluarga










Menurut daripada salahsilah di atas ialah menyatakan bahawa Generasi pertama Ali chong. Dan kemudian Ujang yang berkahwin dengan Kechik. Kemudian generasi mereka di turunkan pula kepada Kasim Bin ujang. Generasi keempat pula Nyonya binti Ujang. Dan Pemilik rumah yang sekarang ini ialah Kamisah binti Che Mat. Ibu kepada empat orang anak iaitu Ridzuan, Suffian, Suraya dan Suhaila. 









2 comments:

Unknown said...

terima kasih pada pelajar2 yg membuat blog ini....

nabilah aziz said...

most welcome :)