Setiap
corak dan seni yang terbina di rumah ini mempunyai cerita dan nilainya tersendiri.
Corak yang
terdapat di papan di bumbung ialah bercorak helaian bunga. Bunga ini boleh di
nilaikan dengan macam-macam defenisi. Ianya boleh digambarkan seperti satu
sifat pembuat rumah itu. Mungkin dia seorang yang baik hati dan di senangi oleh
penduduk kampung dan perspeksi bunga itu sendiri ialah menunjukkan cantik,
lawa, rendah diri dan sebagainya.
Tangga
rumah ini di bina mengikut budaya yang di bawa oleh kaum cina. Kerana coraknya
yang seni bina yang menampakkan ianya kembang. Dan sememangnya nenek moyang
rumah ini berasal dari cina.
Kemudian
corak-corak tangga itu di serikan lagi dengan gabungan seni melayu, iatu mozek yang bercorak bunga serta di ceriakan lagi
dengan tambahan warna yang mencantikkan ia.
Di rumah ini pada dahulunya
tidak menggunakan paku. Tapi menggunakan tanggam. Ada dua jenis tangam yang di
gunakan di rumai ini iatu Tangan Temu dan Tangam Lubang dan Puting. Tangam
Lubang dan Puting di gunakan di bahagian dinding papan. Ia di pasang menggunkan
tangan. Manakala Tangan Temu pula di gunakan di bahagian bucu rumah. Di
kawasana-kawasan kayu beroti.
Salah satu
keunikan rumah ini ialah ianya tidak mempunyai tingkap tetap mempunyai serambi.
Serambi yang panjang dan tidak bertingkap ini asalnya di gunakan untuk
memuanykan orang atau saudara mara untuk kenduri kendara atau tempat untuk orang
bertandang dan bersidang ketika bermesyuarat.
![]() |
Selak Pintu |
Ruang Tamu |
Bahagian belakang dan Dapur |
Ibu rumah
ini terletak di sebelah bilik tidur utama yang mencantumkan antara serambi dan
dapur. Ibu rumah ini berfungsi sebagai ruang tamu. Tempat untuk berkumpul dan
berborak bersama keluarga. Dan di ibu rumah ini juga terletak tangga yang
menghubungkan antara bahagian rumah dan atas yang di panggil sebagai loteng.
Kawasan
dapur untuk rumah Melaka dulu luas. Ini kerana orang-orang dulu menggunakan
dapur arang. Dan ianya memerlukan ruang yang luas untuk keselamatan. Dan
lagipun dahulu mereka suka membuat kuih.
Tangga Loteng |
Loteng |
Loteng
terletak di atas bahagian rumah. Ianya tidak besar dan tidaklah terlalu kecil.
Terdapat pelbagai fungsinya. Iaitu:-
1- Untuk di
jadikan sebagai siling.
2- Untuk
tempat menjemur pakaian.
3- Untuk
menjemur getah keeping ( bagi penoreh getah jika tuan rumah ialah penoreh)
4- Untuk
anak-anak perempuan menyorok apabila sesuatu majlis diadakan di rumah. (Pada zaman
dahulu)
5- Untuk
menyimpan barang-barang lebih yang boleh kita anggap sebagai bilik menyimpan
barang.
Di sebabkan
bahagian loteng ini tersangatlah dekat dengan bumbung, maka ianya amatlah
sesuai di jadikan sebagai tempat pengeringan sesuatu.
Tapi pada
generasi ketujuh ini, iaitu tuan rumah yang sekarang, Loteng ini telah di
kosongkan kerana ianya sudah tidak kukuh seperti dahulu. Kerana pembinaan rumah
ini menggunakan tanggam dan tidak menggunakan paku. Jadi sudah tidak selamat untuk di gunakan.
Bawah kolong |
Ini di namakan pelantar ataupun kolong. Bahagian
ini di gunakan untuk merewang atau bergotong royong ketika adanya kenduri
kendara. Selain itu juga ianya di gunakan sebagai tempat makcik-makcik bergurau
senda sambil menyediakan bahan-bahan untuk masakan.
Cermin Solek |
Almari Simpanan |
Ini ialah perabut yang berada di dalam bilik tidur
utama.
Kebiasaan
rumah melayu Melaka memang mempunyai satu bilik tidur sahaja. Dan tentulah
ianya berfungsi untuk tempat beristirehat. Kebiasaannya
juga bilik tidur utama ini tidak ada loteng di bahagian atasnya sebab mungkin
untuk pengudaraan yang sudah bagus walaupun tidak berkipas ataupun air-cond.
No comments:
Post a Comment